Agak lama tidak menjengah blog. Terasa rindu dibuatnya. Awal tahun yang agak bizi disamping membanting tulang bergilir-gilir teribat dengan Kempen Kutipan Hasil Majlis. Fuh… Memang penat gila! Dah la tak berapa cukup staf di dept. IT… ditambah pulak dengan tempoh kempen yang panjang… Memang la sangat2 hampeh rasanya.
Mood untuk berceloteh panjang di blog masih ada… Cuma masa terlalu mencemburui aku. Last2 kalo buka Internet pun sekadar mengubah status di facebook. [Ke hati aku dah berubah sepenuhnya kat facebook nih..]
Sudah pertengahan di bulan Februari… Wah, cepat kan masa berlalu? Sedar atau tidak… aku kini dah punya 2 anak????? Heheheh… Alhamdulillah, dah ada sepasang… Kalau rasa nak tutup ‘buku’ pun dah buleh dah. Tapi tak cukup rasa. Nanti kalau dah tua… tak meriah rasa rumah. Hihihihi… Tapi bukanlah dalam tempoh terdekat. Mungkin perlu memberi ruang Shafira membesar. Bukan pe… pengalaman banyak mengajar… Contoh paling aku kesalkan… Darwish kerap kena marah gara-gara selalu kacau adiknya… Sedangkan dulu Darwish jarang kena marah. Apatah lagi kena cubet. Huhuhuhu…. [aku sangat touching]
Oklah… Rasanya tak lengkap entry ini tanpa sedikit sebanyak cerita tentang pengalaman aku bertarung nyawa melahirkan AIREEN ADELIA SHAFIRA.. So, kalau korang rajin… silakan layan. Kalau tak jangan segan-segan klik [x].
15hb Oktober 2011 (Jumaat) – Hari terakhir aku pergi keja. Kalo ikotkan hati aku mahu start bercuti 20hb jer… memandangkan due aku minggu depan 26hb. Tapi dek kerana rasa penat dan dah tak larat nak piker beban kerja di opis ditambah pulak keadaan aku berulang alik kerja dari Trolak…. Maka , Aku isi jugak borang cuti. [Cuti banyak lagi so.. dah tolak tambah… aku mmg boleh abeskan cuti sampai hujung tahun]. Sabtu dan Ahad berjalan seperti biasa. Petang Ahad sempat lagi aku ke Tanjong Malim jemput En. Fazly balik dari kerja.
Kebetulan, petang Ahad tu Mak buat Pecal… wah… memang favourite aku tu. Memang pulun tak hengat lah kan. Malam tu pun aku tak makan nasi. Layan pecal jer.
18hb Oktober 2011 (Isnin) – 2.30 am, tetiba aku terjaga dari tido. Rasa sakit perot. Terus ke toilet sebab aku yakin tu sakit perut nak membuang. Yerlah semalam bedal macam2 sayur pecal. Memang kebiasaannya aku akan sakit perut lepas tu. Tapi hampir setengah jam dalam toilet. Takde pape pun yang keluar. Sakit masih berlarutan… hmmm… belum nak keluar lagi kot.. Naik tidolah… Smbung baring semula. Cadang nak tido… tapi perut rasa sakit balik selang ½ jam. Tetiba terflash back rasa sakit masa nak bersalinkan Darwish dulu… Cuma sedikit confused… bukan kot… Sakit dah makin kerap 15 minit sekali… memang tak boleh nak tido time tu… dok turun naik gi toilet. Tapi tengok takde pun tanda keluar. Dulu masa Darwish ada turun darah. Tapi kali ni takde pape melainkan contraction jer… Tengok En. Fazly sedap je berdengkur. Terus gerak dia. Time tu baru 4 lebey. Bagitau En. Fazly tak payah gi keje arini.. aku dah mula rasa contraction nak bersalin. Dia kata ok pehtu terus tido balik. Yang aku lak, terkebil2 ajelah sorang2..
6.00 am - mak ngan abah dah bangun. Aku lak dah sibuk mundar mandir berjalan bagi nak kurangkan rasa sakit. Sakit makin kerap sekitar 5 minit sekali. Aduyai… lama dah menahan sakit. Tapi nape takde tanda lagi…. Sakit perot ke sakit contraction nak bersalin nih???? Kul 6.30 aku dah siap2 mandi n aku cakap kat mak aku dah rasa sakit.
7.00 am - tak bule tahan dah aku ajak gi spital Slim River. Sampai je spital kena tunggu la pulak.. Biasalah pepagi ni… nurse pun tengah mamai lagi kot. Tapi sib bek aku baru rasa sakit je. Kalo dah nak bersalin sangat tak ke jenuh? Hampir 15 minit tunggu… baru lah aku dipanggil masuk ke bilik pemeriksaan. Cek punya cek… scan suma bagai… bukaan baru 3cm.. 3 cm??????????????????? dari kul 2.30 tadi aku bertarung sakit Cuma baru 3cm?? huhuhu… Lama gak aku dalam bilik tu…. Coz diorang wat CTG. Kul 10 lebey dia suh tunggu kat luar coz nak tunggu Doktor check dulu sama ada masuk wad atau tidak. Sempat gak mengomel2 kat mak… Mak kata anak perempuan kot.. tu yang lambat.. dia nak bersiap dulu. [Sedari awal dulu setiap kali scan mmg tak Nampak. So, mmg tak tau jantina pe baby dalam perot time tuh. Cuma org dok kata lelaki gak…]. 11 lebih baru lah doctor datang. Kena masuk bilik pemeriksaan semula. Check dah 4cm bukak. Doktor kata kena masuk labour room terus. Tapi aku takmo. Aku nak masuk wad dulu. Bule jalan2 tahan sakit. Kalau dalam labour room tersiksa menahan sakit sambil baring dan tak buleh nak kemana-mana. Okeh, doktor setuju dia suh masuk wad… makan dulu suma. [tapi siyes.. makan pon dah tak lalu da. Jenuh sumbat2 paksa telan gak.] Doktor pesan kalo dah sakit sangat gi bilik pemeriksaan.
Allahuakbar… Siksa okeh menahan sakit nih… Sambil berjalan mundar-mandir tu… mulut tak lepas2 baca doa nabi nuh dalam perut ikan tu..
2.30 pm - Aku berjalan menuju Labour Room.. huhuuhu sekali lagi aku bakal berhadapan situasi 2 tahun lepas… mudah ke? Senang ke? Semoga dipermudahkan…
“Air selusuh ada bawak tak?” “ada tu..” [sambil tunjuk kat meja tepi katil]. Misi tu ambil n terus sapu kat perot aku… Siap bagi aku minum.. [dalam hati pelik lak.. nape time Darwish dulu masa dalam labour room depa takmo bagi aku minum]. Hmmm… contraction makin kuat… Doktor datang pecahkan ketuban… En Fazly???? Hmmm.. sekali lagi dia takde bersama-sama dalam labour room. Sah dia tak berani berhadapan situasi genting tu.
Jam hampir ke 4 petang… Aku dah tak tahan menanggung contraction, “nurse… saya dah nak meneran nih…” “ errmm… bukaan baru 8cm. ok kalo rasa sakit awak teran”. Ya Rabbi….. pengalaman melahirkan Shafira kali ini sangat2 berbeza…. Sakit contraction yang agak lama… menyebabkan aku hilang tenaga nak meneran.. Nurse siap ugut aku… cepat idura.. kesian anak awak ni.. keluar masuk keluar masuk…. Awak nak kena forsep ke??/ [alamak! No way.. takmo!] Aku tengok jam dah 4.45 pm… aku tak kira… kali ni aku akan teran sehabis tenaga…
Alhamdulillah… 4.49 pm – Shafira selamat dilahirkan. Sempat aku jenguk n terpacul “eh eh… anak pompuan”. Hampir sama waktu Darwish lahir dulu (4.43 pm). N situasi pon hampir sama… En Fazly sedang bersolat di Asar di Surau Spital.
Syukur ke hadrat Ilahi… dah sepasang anak aku… AIREEN ADELIA SHAFIRA BINTI AHMAD FAJRI.. terima kasih kerana hadir dalam hidup Mama dan Ayah dan Along Darwish…





















Bila ingat pengalaman bersalin memang rasa taknak bersalin dah kannnn??? Tapi mana cukup 2 je kan dora? hehehe...
Betul tu achu... ;p