idura
Sebelum ni saya penah mentioned pasal perbezaan karakter 2 orang cinta hati saya....
si abang... ~sangat boleh berkompromi n mendengar kata
si adik... ~haduhai.... suma kena ikot cakap dia je.


Shafira...
sudah menjangkau 1 tahun 5 bulan.
jika usia begini dulu... darwish pun dah tak nak duduk dalam car seat dia..
So, memang saya akan biarkan dia berdiri di kerusi sebelah n dia sangat behave... berdiri diam2 sambil tgk depan.... sementara mamanya drive...
n saya masih tidak bermasalah untuk drive bersendirian bersama Darwish pulang ke Trolak [umah mak abah]

berbanding Shafira
dia juga sudah tidak betah duduk dalam car seat... so igtkan dia akan behave macam Darwish dulu..
saya buka car seat n biarkan dia berdiri atau duduk di kerusi sebelah sewaktu saya sedang memandu...
huhuhuhu....
sangkaan Shafira akan duduk diam sopan santun di sebelah adalah sangat jauh meleset~
pernah...
dia ke hulu kehilir sekejab duduk di depan....
sekejab ke belakang..
oklah... mebi tu boleh saya konsider dalam kawalan biarpun terpaksa drive sebelah tangan n sebelah tangan lagi pegang badan dia... takot dia terjatuh sewaktu tengah seronok ke depan ke belakang dalam ruang kereta yang tak besar mana tu...
but lately..
dia dah mula berani buat aksi yang buat mamanya terjerit-jerit dalam kereta...
tempoh masa nak sampai ke rumah sewaktu ambil mereka berdua dari rumah pengasuh rasa macam terlalu lama.. 

**Situasinya:
Habis jer keje saya akan terus bergegas ke Tanjong Malim mengambil anak2 dari rumah pengasuh. [yer... saya masih menghantar mereka di rumah pengasuh lama biarpun kami telah berpindah ke Behrang 2020. bukan senang nak cari pengasuh... so, setakat nak ulang alik hantar dan ambil merka dengan jarak 7km adalah tidak membebankan bagi saya]
separuh perjalanan Shafira behave... duduk diam2 sambil tengok ke depan...
then, dia mula bangun. Ok lagi kot... mebi dia tak nampak nak tengok kereta or jalan raya di depan... seminit selepas berdiri Shafira terus melangkah ke arah saya yang sedang memandu...
puas dimarah n terjerit-jerit mamanya... tapi dia lebih pantas... n sedar2 dah berdiri menghadap muka saya...
sangat cuak!!
boleh pulak shafira main cak2 dengan mama dalam kereta...degup jantung toksah cakaplah... rasa mahu luruh~ [nasib baik still boleh control n drive di lane yang betol]
pastu boleh plak dia pusing badan mengahadap ke stereng n tanpa rasa bersalah duduk henyak buntut kat pewot mama dia yang dah boyot nih~
aduhhhhh.... nasib baiklah kamu anak kalo tak tak taulah....
dia punya kuat pegang stereng toksah cakaplah... nak corner punyalah susah... sib bek jugaklah tak terbabas ke mana-mana..
rasa lama sangat nak sampai ke rumah bila Shafira buat perangai macam tu...
lain betul peelnya berbanding darwish...
Shafira... tolong jangan buat mama macam tu lagi~
huhuhu
Labels: 0 comments | | edit post
Reactions: 
idura
Semalam terlihat di badan Darwish dan Shafira naik bintik2 yang berisi air...
SAH!!!!
Anak-anakku dah terkena PELENTUNG!!!!
haduyai......
dan yang merunsingkan saya...
bukanlah isu nak menjaga mereka yang dah pastinya meragam~
tetapi...
huhuhuhuhu
keadaan diriku yang sedang sarat nih...
saya hanya ada lebih kurang sebulan sebelum deliver baby dalam perot ni..
n..
apa yang sangat merisaukan
melalui hasil pembacaan di internet...
ada risiko kepada ibu-ibu hamil...
terutama jika terkena saat seminggu sebelum kelahiran!
Bukankah itu sangat menambahkan kerisauan?
ya....
saya sangat bimbangkan baby dalam kandungan saya~

Saya tidak kisah tidak tidur malam kerana menjaga anak-anak yang sedang meragam itu...
tapi saya bimbang jika saya terjangkit sekali...
tak mengapa jika saya sihat...
tapi sekali lagi saya ulang...


I'M PREGNANT!

Dulu saya fikir... jika sudah terkena pelentung kamu akan selamat dari terkena sekali lagi...
tapi maaf yer kawan2 artikel disini menyatakan tanggapan itu salah...
buktinya..
Darwish terkena pelentung untuk kali yang ke dua!!
Ya Allah...
peliharalah kesihatan anak-anakku dan bayi dalam kandunganku ini...
Darwish... Shafira... get well soon~
Amin!
********************************************************************************


Pengenalan
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala 
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi. ~ inilah yang merisaukan saya... =((
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Komplikasi akibat chicken pox:
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan
  1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
  1. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
  1. Rawatan di rumah

    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam
Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.
Sumber : infosihat.gov.my

Labels: , 0 comments | | edit post
Reactions: 
idura
Anak-anak korang dah mula petah berkata-kata???

kalau sudah.... silakan bersedia untuk menerima keadaan ini...
 
M.E.N.J.A.W.A.B!! dan M.E.L.A.W.A.N!!

Darwish walopun masih pelat2.. tapi sekang dah mula pandai menjawab....
teringat ada satu haritu saya marahkan dia sebab buat sepah... [paham2 ajerlah keadaan mama dia yg takdelah daya upaya nak 24 jam mengemas umah jekan...]
yang sesentap sangat tuh sebab tak pernah dengar dia menjawab... itu adalah kali pertama...
dan sesungguhnya sangat merobek hati...
(macam ni rupanya rasa hati mak bila saya selalu menjawab...)

perkataannya
takdelah teruk sangat..


B.I.A.L.A.H!!!     T.A.K.N.A.K!!!

tapi itupun dah cukup buat airmata saya mengalir...
huhuhu...
 
begitu juga Shafira..... walaupun baru berusia 1 tahun 4 bulan... tapi boleh tahan dalam bab-bab melawan nih... Apatah lagi kalau kita tak bagi apa yang dia minta....
aduhai...... anak!

Kadang-kadang saya rasa seperti tidak mahu mereka membesar dan menginjak dewasa...
rasa seperti mahu mereka seperti baru mula pandai bertatih dulu....
semuanya diatur oleh saya dan tidak pun sekali membantah pilihan saya...
terus berada di bawah ketiak saya... tidur di kiri kanan saya....

tapi bukahkah itu hanyalah satu anganan?
mana mungkin mereka akan kekal menjadi bayi mahupun anak kecil selama-lamanya...
::
::
::
Harap-harap... mampulah kami suami isteri mendidik anak-anak kami menjadi yang terbaik...
dikalangan terbaik...
AMIN.

Labels: 0 comments | | edit post
Reactions: 
idura
Berita tentang kehamilan isteri pastinya menggembirakan suami terutama bagi yang pertama kali menjadi bapa. Namun senyuman lebar itu saja tidak cukup untuk membantu isteri yang hamil. Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Isteri sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya.
Di sini WanitaSihat memperturunkan beberapa tips buat lelaki muda yang akan atau bakal berdepan dengan situasi di mana isteri berbadan dua. Diharapkan dengan panduan ini, golongan lelaki lebih tahu tentang peranan serta cara menghadapi karenah isteri yang pastinya pelbagai hingga mampu mencabar kesabaran mereka sebagai seorang suami.


1. Melakukan banyak amalan sunat
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung ialah suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.  Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah dan rajin menghadiri majlis-majlis ilmu. Perbanyakan membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
Lebihkan membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi. Selain itu, suami juga digalakkan berpuasa sunat, pada hari Isnin dan Khamis. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.



2. Kongsi Maklumat Kehamilan
Kehamilan membawa perubahan kepada isteri, baik secara fizikal ataupun emosi. Isteri yang dahulunya lincah dan segar, akan mula mudah penat, pening dan muntah-muntah. Sikapnya juga semakin sensitif, mudah menangis dan marah walaupun untuk perkara yang anda rasakan tidak perlu. Kepada lelaki, anda jangan sekali-kali bingung dengan perubahan ini. Ini kerana ia merupakan sesuatu yang normal dan kebanyakan wanita hamil akan melaluinya.

Walaupun berlaku perubahan pada isteri anda, itu tidak bermakna anda tidak boleh banyak membantu. Sebagai seorang suami yang memahami, carilah sebanyak mungkin info tentang perubahan fizikal dan emosi yang dialami oleh isteri. Selepas itu, cuba kongsi pengetahuan anda dengannya. Dia pasti teruja dengan apa yang anda ketahui. Perhatikan juga perkembangan kehamilan isteri anda, misalnya mendengar denyut nadi dan merasai pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh bayi.


3. Jaga Pemakanan Isteri
Ramai suami yang mengabaikan aspek ini apabila isteri hamil dengan alasan si isteri tahu apa yang terbaik untuk diri mereka. Tanggapan ini salah kerana seiring dengan perubahan tubuhnya, wanita hamil juga memerlukan beberapa zat tertentu mengikut peringkat kehamilannya. Sebagai suami yang prihatin, pastikan isteri anda menjaga pemakanannya dengan kesihatan janin dan dirinya.

Jika mempunyai masa, apa salahnya luangkan masa untuk menemani isteri menjamu selera atau makan bersama-sama dengannya. Anda juga jangan kedekut untuk berbelanja lebih untuk membelikan makanan berkhasiat untuk isteri. Tidak hanya soal pemakanan, isteri juga memerlukan masa rehat yang mencukupi agar pembesaran janin tidak terganggu. Ketika inilah suami perlu lebih ringan tulang membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Sikap anda yang sebegini, pasti membuatkan isteri terharu dan bertambah menghormati anda sebagai seorang suami.


4. Menjaga Perasaan Isteri
Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

Apabila berlaku perselisihan faham, selesaikan dahulu  sebelum masuk tidur. Yang paling penting, jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.


5. Memahami Pengorbanan Isteri
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung- jawab yang berat itu.


6. Hindari Stress
Sewaktu hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Anda sebagai suami perlu mengelakkan isteri daripada berdepan dengan sebarang masalah. Jika boleh, anda cuba selesaikan masalah yang dihadapi tanpa memberitahu isteri. Jika terpaksa, beritahu isteri dengan cara yang paling santai agar isteri tidak terkejut mendengarnya.

Selain itu, jangan sekali-kali membenci perubahan bentuk tubuh isteri. Sebaliknya kagumi bentuk tubuhnya dan katakan isteri anda kelihatan lebih seksi ketika hamil. Kata-kata anda mampu menenangkan hatinya dan mengelakkannya tertekan memikirkan anda mungkin mencari wanita lain yang lebih seksi di luar sana.


7. Temani Isteri Berjumpa Doktor
Kesudian anda menemani isteri untuk bertemu dengan doktor bagi mendapatkan rawatan memberikan makna yang cukup besar kepada isteri. Isteri akan berasa diri mereka disayangi dan dihargai. Ia juga menandakan seseorang suami itu prihatin dan menyanyangi isteri serta anak yang dikandungnya itu. Namun ada juga suami yang mengambil mudah tentang perkara ini.

Mereka sanggup membiarkan isteri yang sarat hamil memandu sendiri atau menaiki bas untuk mendapatkan rawatan di klinik. Emosi isteri pastinya akan terganggu apabila melihat wanita lain ditemani suami masing-masing ketika mendapatkan rawatan. Situasi ini sangat tidak sesuai buat isteri dan sebagai suami yang yang bertanggungjawab, anda perlu mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Berikan isteri anda semangat dan sentiasa menemaninya sewaktu susah mahupun senang.


8. Berada Di Sisi Apabila Isteri Bersalin
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadapisteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. tika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,
” La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin “
Maksudnya
” Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. “

Nota:
Sekiranya anda mampu melakukannya, tidak mustahil sikap anda yang pada mulanya kurang sabar dengan karenah isteri akan berubah menjadi lebih memahami dan empati. Sikap anda yang prihatin, pastinya akan menambahkan rasa cinta isteri terhadap anda. Fahami perasaan dan pengorbanan isteri yang mengandung anak dari benih anda juga. - SUMBER=http://wanitasihat.com
Labels: 0 comments | | edit post
Reactions: 
idura
32 weeks..
::
::
 
fuh~
 
banyak perkara tak prepared lagik...
 
the most important thing.....
 
M.E.N.T.A.L!!!
 
hehehehheheh
 
mental kena mau kuat owww...
 
8 bulan sudah berlalu....
sekejab kan?
Ramai yang kata perut ni nampak agak kecil berbanding pegnenkan Shafira dulu....
(',)
tapi berat badan sudah mencecah ke angka 58.8kg... 
masa deliveredkan Darwish dan Shafira dulu... berat adalah 61kg....
hmmm... so takdelah beza sgt kot...
 
setakat ini...
saya masih mampu menguruskan anak teruna dan dara saya itu seorang diri....
hampir 90% semua diuruskan oleh saya sendiri....
oleh kerana suami yang pulang dari kerja sudah pukul 10++ malam...
anak pun dah tidur...kecuali Darwish yang sekarang dah tido lewat dan sebok melayan game

balik dari kerja saya......
 ~ masih mampu bersilat di dapur untuk sediakan makan malam...  [tapi menunya takdelah dasyat2 pun]
~ masih memastikan anak-anak mandi  sebelum pul 7 malam.... [mebi kat umah pengasuh dah mandi waktu petang... tapi mamanya prefer walau sekali dimandikan oleh mamanya sendiri]
~ masih setia menyuapkan dengan tangan sendiri anak2 makan [puas hati tgk anak makan atau takmo makan]

kemudian barulah tidokan shafira dan memulakan aktiviti lain.... basuh baju.... sidai baju....sapu umah.... lipat baju.... iron baju....
selesai
.
.
.
barulah tergolek

depan tv....

itu pun kalau Darwish tak ajak temankan dia main game....
kalau tak duduklah melangut tgk dia main game.... sekali sekala mama dia yang  over.....
hahahahha

bila dah kuar yang dalam perot ni nanti...
tak taulah cemane rutin harian tu....
yang pasti 300% tenaga harus dikuarkan... [ada can kuwus tanpa perlu pergi slimming center =p]

Kekadang bila tengok Darwish ngan Shafira kesian kat diorang....

"mama ni.... selalu marah along......." } aloh.... bergenang airmata mama dengar...

yang shafira pulak... rasanya tak puas lagi bermanja ngan aku.... tak puas lagi kena dukung ngan aku....
pas ni dah nak kena concentrate kat adik dia pulak....


Ya Allah....
Kuatkanlah semangatku....
permudahkanlah segala urusan untuk aku jaga "amanah-amanah" ini
janganlah mereka kekurangan kasih sayang daripada kami kedua ibu bapanya...

Darwish.... Shafira.... baby.....
Mama sayangkan kamu..

maafkan mama kerana terkadang selalu jadi 'tarzan'
 
tapi...
 
mama cuba jadi yang TERBAIK untuk kamu...


Nota Kaki Untuk En. Somi:
Er.... sila cari jalan untuk  membantu Isteri anda nanti yer..... kalo tak ader yang jadi cenggini nanti.... =p

 
Labels: , 0 comments | | edit post
Reactions: